CUBA FIKIRKAN BERSAMA...
APAKAH yang terbayang difikiran anda apabila membaca cerita ini??? Cerita yang saya tulis ini bukanlah bertujuan untuk menyindir sesiapa. Tetapi apa yang saya cuba bawakan adalah supaya kita sama-sama berfikir mengenai senario kehidupan Umat Islam masa kini. Ada antara kita yang sanggup MELANCONG ke luar negara sebulan sekali yang mana harga tiketnya mampu membeli lebih daripada kambing Mega Super. Ada yang ”gila” BERKENDERAAN BESAR serta mementingkan aksesori kereta, mengumpul koleksi permainan golf, membeli barangan yang BERJENAMA yang mana harganya mampu membeli 2 ekor kambing Mega super sekaligus malahan lembu gred pertama sekalipunTetapi dalam perkara yang berkaitan Qurban, ada yang hanya membeli haiwan Qurban yang jauh di bawah kemampuan yang harganya tidak lebih dari aksesori kereta, kenderaan di dunia fana seperti ”AKU” dalam cerita di atas. Sementara untuk kenderaan di akhirat kelak, kita berfikir seribu kali saat membelinya.
Berdasarkan segala maklumat yang telah diterangkan mengenai kedua-dua ibadah ini.serta selingan cerita yang disampaikan..adakah ada yang tergerak untuk melaksanakan ibadah ini bersempena menjelangnya bulan mulia ZulHijah tidak berapa lama lagi..apakah kebaikan yang Allah janjikan dalam ibadah ini serta apakah hikmah yang wujud dengan terlaksananya ibadah ini...SUBHANALLAH..Maha Suci Allah dalam menjadikan sesuatu perintahnya dan ciptaanNya itu dengan penuh hikmah..Kebaikannya bukan sahaja dijanjikan di akhirat kelak, malah dapat dilihat di dunia juga..
Oleh yang demikian..andai rasa diri berkemampuan..maka marilah bersama-sama kita melaksanakan perintah Allah ini..LAkukanlah dengan seikhlas hati demi mengharapkan keredhaanya dunia akhirat, bukan dengan tujuan mendapat balasan di dunia semata-mata..Semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat atas amalan yang dilakukan..INSYAALLAH..
-----------------
Sumber : http://qurbanaqiqah-pp-tingktn4.blogspot.com/2008/10/aqiqah-nazar.html
Terima kasih juga telah berkunjung ke blog ini.
BalasHapus